Setiap kali ditanya apa yang ta inginkan, terlalu banyak hendak dikatakan, malahan makin bertahun bertambah lagi, apatah sudah meningkat dewasa begini. Ta sepatutnya fokus pada pengisian masa. Bagi ta, itulah yang amat terpenting sekarang. Banyak perkara yang ta lakukan, banyak lagi perkara yang tak dilakukan. Dari banyak perkara yang ta menyesal lakukan, banyak lagi perkara yang ta menyesal tak lakukan. Oleh itu, pada tahun ini, ta lebih fokuskan pada pengisian masa.
Dalam banyak banyak azam orang, mereka tak sedar betapa pentingnya kedewasaan diri kita. Mementingkan matlamat dalam setahun tapi lupa memanfaatkan sampingannya. Itulah yang ta ingin elakkan sekarang.
Ta sebenarnya masih terumbang-ambing. Masih dalam keadaan yang tak stabil dan tak mampu untuk berdiri sendiri. Apa yang ta ada sekarang, biarlah anda semua yang menilai, namun atas diri ta jugalah semua kepuasan yang ta inginkan tidak membabitkan sesiapa.
Oleh itu, mari kita berdoa tanda syukur kita masih berada didunia ini pada tahun ini. Masih mampu untuk melakukan aktiviti seperti biasa dan meningkatkan diri kita. Berdoa bersama untuk mendapat apa yang kita azamkan/citakan tahun ini.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment
Say Something , Thanks :-)