Permainan Jiwa Aku

Bolehkah kita kembali ke masa lalu? Tika membuat kesilapan, dan hanya masa berputar kembali sahaja dapat memulihkan semua, adakah mampu ubah nasi yang telah menjadi bubur.?! Orang cakap, untuk mendewasakan diri kegagalan itu perlu, dan kegagalanlah yang mampu buat kita bangun, sedar, dan membuat perkara yang betul. Bagaimanakah mungkin? Bila dakwat hitam dititiskan pada segelas air jernih, walau tidak tampak sangat perubahannya, namun rasanya tetaplah berbeza. Apakah mampu air itu kembali seperti asalnya, sedangkan dakwat telah meresap keseluruhannya?!

Silapnya aku kerana terlalu jahil, maka bila sudah bijak pandai, tahu, apa mungkin ku putar waktu?! Bila sudah kenal baik dan buruk, bila sudah tahu mana hitam mana putih, bila aku dapat ketegorikan diri aku dalam insan yang penuh jahil dan salah, apakah patut aku terus dalam kedudukan itu?! Bila aku memikirkan keadaan diri sendiri, mencari yang terbaik untuk diriku walhal aku sendiri pun tidaklah sempurna, mahupun baik. Jadi, apakah patut aku mencari orang yang senasib dengan aku?! 

Aku bukanlah sempurna, jadi salahkah aku mencari kesempurnaan?! Salahkah aku mencari insan yang baik, yang mampu membimbing aku, bukan tambah menjahilkan aku. Salahkah sekiranya aku memilih insan yang baik dunia akhiratnya untuk insan seperti aku?! Bukankah kita lihat sendiri kekurangan kita dan memerlukan insan yang mampu ubah atau dialah saja mampu bimbing kita ke jalan yang baik?! Apakah harus aku memilih senasib dengan aku, digelumungi dosa, ?! Mencari insan yang perlukan bimbingan walhal aku sendiri tidak terjaga?! Bukankah Allah s.w.t. menyeru kita berusaha mendapatkan kebaikan, memilih insan yang boleh membimbing kita?! Apakah aku tidak layak?!

Ya Allah!! Maafkan aku,!! Sepatutnya aku menyedari silap aku sendiri, membetulkannya sendiri, bukan menuding jari. Menyalahkan insan lain diatas apa berlaku pada diriku, meminta keadilan, kebenaran, balasan. Hati kadang meraung, kenapa aku?! Kenapa aku yang menjadi sasaran ?! Kenapa aku dibiarkan,?! Kenapa aku tiada pilihan lain ?! Aku meraung meminta belas kasihan, membetulkan diriku, memperbaiki semua yang berlaku. Aku meminta agar dapat aku tanggung segala. Aku memaki hamun, menyumpah, menyalahkan orang berada di sekelilingku. Aku kadang meracau, lemas, sakit hati, dendam, menangis melihat diriku sendiri yang bodoh sangat. Aku meminta keadilan dari mereka, amanah dan tanggungjawab, aku menilai mereka sehingga aku merasakan aku saja yang dibuat begini, aku saja yang rugi, aku saja yang membuat salah. Aku meminta mereka sedangkan semuanya tak mampu berubah sudah. 

Keadilan hanya mampu diberikan oleh Mu Allah, kebenaran, balasan. Dan semua itu tiada siapa dapat memberi melainkan aku meminta sendiri keinsafan pada Mu. Maafkan hambaMu!! 


4 comments:

  1. Kesilapan yang lalu jgn dianggap sebagai bebanan. Kerana tempoh peralihan kedewasaan seseorg manusia itu terlalu terdedah kepada berbagai rintangan onak dan duri.
    Sesungguhnya waktu itu kita melalui prosess bagi mendewasakan diri untuk menghadapi dan menenempuhi onak duri kehidupan dan mematangkan kita adalah pengalaman yang lalu. Kesilapan lalu anggap sahaja sebagai cabaran untuk kita.
    Setiap manusia pasti ada melalui dan melakukan kesilapan. Itu tidak pernah dinafikan. Kita tidak boleh menyalahkan diri sendiri atau keadaan malahan keluarga sekali pun kerana apa jua yang kita lalui adalah permulaan kehidupan kita dalam mematangkan kita.
    Kita sepatutnya bersyukur dgn kehidupan sekarang bukannya kehidupan yang lalu. Keluarga tak mampu mencorakkan kehidupan kita, tapi yang mencorakkan kehidupan kita adalah kita sendiri.
    Kini kita dah dewasa jadi buatlah sesuatu yang mampu mengembirakan diri dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. when i read these babe..i told u before and im writing it now..i felt like Deja-vu..:)
    there is something about ths tht i cant describe directly..mendalam,bermakna dan mberi pegajaran

    ReplyDelete
  3. Andai kumiliki semalam
    Dan bisa aku ubah menjadi esok
    Takkan kuubah apapun
    Kerna aku tahu engkau tetap indah
    Tanpa sempadan masa
    Aku bahagia seadanya

    Tangis ini tanda kasihku
    Bukan mengeluh luka yang semalam
    Kerna engkau mengasihiku
    Tiada sendu lagi di duniaku ini

    Aku tak dapat bayangkan
    Sengsara yang harus kutanggung
    Jika kau pilih perpisahan
    Tanpa punca yang meyakinkan
    Aku akan tersasar mencari cintamu

    Andai terhentinya masa
    Dan gunung jatuh ke laut
    Kau tetap kucinta
    Kasih sayangku adalah kekuatan

    Untuk menempuh segala
    Dugaan yang tak terbayangkan
    Oleh insan yang lemah seperti kita
    Sekalipun kumiliki esok
    Takkan kumenolak ketentuan

    *kita corak hidup kita, kita nilai hidup kita, kita hidup untuk diri kita

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Say Something , Thanks :-)