Bercakap tentang nya....

Setahun sudah berlalu, ketika semua sibuk menyambut tahun baru, kita sendiri tak sedar, kita sibuk juga dengan hal sendiri. Ada yang menetapkan apa azam untuk tahun ini, ada yang masih melihat azam tahun lalu sekiranya dapat mereka turuti. Bagi ta, ta lebih suka melihat apa yang ta ada sekarang, apa yang ta miliki dan memperbaiki diri. Menyedari setiap silap dan salah yang memang secara warasnya kita sedar salah dan kekurangan diri kita, memperbaiki atau menerima itulah cara ta.

Setiap kali ditanya apa yang ta inginkan, terlalu banyak hendak dikatakan, malahan makin bertahun bertambah lagi, apatah sudah meningkat dewasa begini. Ta sepatutnya fokus pada pengisian masa. Bagi ta, itulah yang amat terpenting sekarang. Banyak perkara yang ta lakukan, banyak lagi perkara yang tak dilakukan. Dari banyak perkara yang ta menyesal lakukan, banyak lagi perkara yang ta menyesal tak lakukan. Oleh itu, pada tahun ini, ta lebih fokuskan pada pengisian masa.

Dalam banyak banyak azam orang, mereka tak sedar betapa pentingnya kedewasaan diri kita. Mementingkan matlamat dalam setahun tapi lupa memanfaatkan sampingannya. Itulah yang ta ingin elakkan sekarang.

Ta sebenarnya masih terumbang-ambing. Masih dalam keadaan yang tak stabil dan tak mampu untuk berdiri sendiri. Apa yang ta ada sekarang, biarlah anda semua yang menilai, namun atas diri ta jugalah semua kepuasan yang ta inginkan tidak membabitkan sesiapa.

Oleh itu, mari kita berdoa tanda syukur kita masih berada didunia ini pada tahun ini. Masih mampu untuk melakukan aktiviti seperti biasa dan meningkatkan diri kita. Berdoa bersama untuk mendapat apa yang kita azamkan/citakan tahun ini.

Wasalam.

Malaysia Public Holiday Calendar 2014

Calendar 2014



Malaysia Public holiday lists


Muslims important date lists (Kalendar penting dalam Islam)