Ada orang yang mudah meraih rezeki anugerah Allah. Ada orang yang kaya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia lantaran legasi bisnes keluarga atau tuah-tuah lain. Saya pula bermula dengan bertatih. Merangkak dan berdiri tegap dalam mencari rezeki dan membangunkan bisnes. Setiap manusia dianugerahkan rezeki dan ujian yang rencam serta ada tahap tersendiri.
Setiap insan tidak akan sama untung nasibnya. Namun Allah menyuruh kita berusaha, berdoa, dan bertawakal. Allah itu sifatnya pengasih dan penyayang. Allah juga maha memberi rezeki. Setiap ujian itu sesuai untuk masing-masing si empunya diri. Bukankah Allah itu maha tahu akan setiap hamba-NYA?
Rezeki, musibah, mudarat dan anugerah yang diberikan kepada manusia merupakan tanda-tanda sayang dan kasih Allah kepada hamba-NYA. Perkara pasti ialah semua kita akan mati. Orang yang kita sayang, insan yang kita benci dan musuh kita, memarahi kita, mengherdik kita, bengang dengan kita, tidak suka dengan kemajuan kita, semua akan kembali menjadi tanah jua akhirnya.
Jadi mengapa menyelimuti diri dengan keluhan? Jangan bimbang, rezeki bukan datang daripada manusia, semuanya Allah penentu segala. jangan bersedih dan duka nestapa, setiap kepayahan dan kesukaran adalah ujian Tuhan. Akhirnya saat bahagia, gembira dan kemajuan akan menggantikan semua mehnah dunia itu. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangimu di dunia, tetapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiad alagi yang mengasihimu di akhirat kelak. Akal yang cerdik adalah akal yang berteraskan kepada iman, yang menggunakan segenap ilmu bagi mencapai keredhaan Allah, sekalipun dibenci oleh kebanyakan orang.
"Tuhan amat dekat dengan hamba-NYA apabila dia sedang sujud". (Riwayat Muslim Abu Dawud, Nasa'i).
- faridtz92.
Expressing Not To Impress, Sharing Not To Manipulate, Suggesting Not To Protest..... Live Daghbus Eh!!!!!
Hidup Mati
Apa bisa mungkin memutar waktu yang hilang...
dalam kekalutan, kita cuba mencari jalan keluar...
penat, tak nak mengulangi kesilapan yang sama...
tapi dalam masa yang sama,,,
kita tetap dalam arus yang sama,,,
cuma pergolakan yang berbeza...
ada yang tak mampu bertahan,,,
membunuh diri,,,
tapi,
ada yang bertahan, cuma hidup seakan mati...
adakah dengan kematian,
semua masalah akan selesai,
sebab hidup ku sekarang,
tidak berbuat apa-apa,
tapi masih terasa cabaran nya...
adakah aku sudah gila.
dalam kekalutan, kita cuba mencari jalan keluar...
penat, tak nak mengulangi kesilapan yang sama...
tapi dalam masa yang sama,,,
kita tetap dalam arus yang sama,,,
cuma pergolakan yang berbeza...
ada yang tak mampu bertahan,,,
membunuh diri,,,
tapi,
ada yang bertahan, cuma hidup seakan mati...
adakah dengan kematian,
semua masalah akan selesai,
sebab hidup ku sekarang,
tidak berbuat apa-apa,
tapi masih terasa cabaran nya...
adakah aku sudah gila.
Subscribe to:
Posts (Atom)